Tuesday 26 April 2016

1BestariNet Teacher Awards 2016


Sukacita dimaklumkan bahawa YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd berhasrat untuk  menganjurkan “1BestariNet Teacher Awards 2016 (1BNTA) ‘Celebrating 21st Century Teachers”.
1BNTA “Celebrating 21st Century Teachers” diadakan adalah untuk memupuk daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru dan murid sekolah-sekolah kerajaan selaras dengan  konsep pembelajaran abad ke-21. Anugerah ini juga adalah satu platform penghargaan kepada guru-guru yang telah menyumbangkan idea dan inovasi serta pengetahuan dalam bidang pedagogi menggunakan elemen 5C dalam pendidikan untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid di Malaysia.
Tarikh tutup penyertaan :29 April 2016